ShArInG.tO.yOu

ahlan wasahlan....

Monday, July 19, 2010

SALAHKAH BERCINTA...

syukur kerana diri ini masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk terus bernafas di muka bumi ini....
disini ingin ku sambung kembali persoalan yg telah ku tinggalkan...
Salahkah bercinta??
Tidak...
bercinta memang tidak ada salahnya kerana ia adalah fitrah tabi'e yang Allah kurniakan kepada setiap manusia.Ingin cinta dan dicintai adalah naluri(instinct)
setiap manusia.Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan...
Oleh kerana cinta adalah fitrah maka tentulah tidak salah untuk kita merasainya.
Jika salah xkan Tuhan mengurniakan rasa cinta?
Allah maha mengetahui..maha pengasih..maha penyayang..Setiap yg dijadikan pasti ada sebab dan tujuan,,
Namun Allah tidaklah mengurniakan perasaan cinta itu secara polos begitu saja.. Perasaan cinta itu Allah telah hadirkan bersama peraturan cinta demi menjaga kemurniannya... Namun sayang nya peraturan ini lah yang sering dilanggar oleh manusia...khususnya para remaja...
Perasaan cinta itu sememang nya tidak salah tapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta..
Disisnilah akan berlakunya "cinta terlarang" iaitu cinta yg menafikan prinsip dan melanggar peraturan dari Allah...Jadi jgn lah kita hanya mengakui cinta itu dari Allah tetapi tidak mengakui peraturan cinta yg juga datangnya dari Allah...

CINTA ITU FITRAH
FITARAH PERLUKAN HIDAYAH
JIKA TIDAK,FITRAH AKAN JADI FITNAH..

No comments:

Post a Comment