ShArInG.tO.yOu

ahlan wasahlan....

Friday, December 7, 2012

LITTLE CALIPH AYER KEROH..DALAM INGATAN..

Malam-malam macam ni..bile anak dah tido..aku pulak tak boleh nak tido...mula lah terkenangkan macam-macam perkara.. Tiba-tiba hati jadi sayu,,teringat kisah aku dan little caliph ayer keroh..tadika al fateh.. Tempat dimana aku telah di beri peluang yg sangat berharga..peluang untuk aku mencari rezeki..peluang dimana aku dapat belajar bagaimana mendidik kanak-kanak seusia 5&6 tahun.. peluang untuk aku mengenali insan-insan yg cukup baik terhadapku.. Ketika itu aku mengandung 6bulan.. aku start mengajar di tadika al fateh pada akhir bulan april 2012.. Ukhti Biha,pengetua tadika al fateh...Dia lah yg telah menawarkan ku perkejaan sebagai teacher di tadika al fateh.. dia mengenaliku melalui kak shaf.. mereka ini insan yang ku kira banyak menolong ku pada ketika itu. Pada ketika itu aku duduk menyewa di sebuah rumah di Melaka bersama suami tersayang.. AKu yg sepatutnya menduduki semester akhir di uitm shah alam terpaksa menangguhkan pengajian kerana sedang sarat mengandungkan anak kami yg pertama.. suamiku berusaha mencari rumah sewa untuk kami kerana aku ingin sentiasa disampingnya sepanjang aku mengandungkan bayi kami.. aku ingin dia turut merasai saat-saat yang ku kira cukup bermakna ini..Kami berjanji untuk mengharungi susah senang bersama..pada ketika itu suamiku juga masih meneruskan kuliah nya di utem.. Kehidupan kami ketika itu memng sangat bahagia walau dalam keadaan yang serba sederhana.. Bayangkan..setelah dua tahun lebih kami berkahwin..itulah kali pertama kami dapat merasai pengalaman hidup berdua sebagai suami isteri dalam sebuah rumah yang hanya ada kami berdua..Aku merasa sangat bahagia kerana dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri..aLMAKLUMLAH..sebelum ni aku belajar di uitm shah alam..dan suami di melaka..berjumpa hanya 2 3minggu sekali..itupun jika berkelapangan.. Dan bila cuti semester pula kami duduk di kampung,rmah orang tua kami..RAsanya sangat bahagia bila aku dapat melakukan kerja-kerja rumah seperti kebanyakan isteri-isteri di luar sana.. membasuh.memasak..mengemas rumah.. satu kepuasan yang tak dapat di gambarkan.. Adakalanya kami melakukan semua tugasan bersama-sama.. Memang menyeronokkan.. =) Tapi dalam pada itu aku tetap harus memikirkan bagaimana untuk menampung kehidupan sepanjang aku berada di melaka..hati ini sangat ingin meringankan beban suami.. Aku tahu,suamiku masih belajar,,jadi rasanya tak salah kalau kami saling tolong menolong dalam soal kewangan.. JAdi..bila kak biha dah offer aku kerja di tadika..aku terima dengan hati yang terbuka..Syukur yang tidak terhingga pada yang MAha Esa.. Sesungguhnya Dialah Tuhan yg MAha mendengar doa hambaNya.. TAdika al fateh.. banyak yang dapat aku belajar sepanjang sebulan aku disana.. Dengan pelbagai ragam dan keletah anak-anak,cukup membuat aku terhibur.. Paling aku tersentuh modul yang diguna pakai dalam tadika little caliph ni yang sangat-sangat menitik beratkan soal islam.. Anak-anak di tadika ini di terapkan dengan nilai-nilai murni dan akhlak islamiah.. Semua yang di ajar kepada anak-anak didik di sini tidak akan sesekali lari dari menyebut nama Allah.. Belajar matematik,sains,semua dikaitkan dengan kebesaran Allah..BAyangkan betapa indahnya konsep yang diguna pakai.. anak-anak yang masih sekecil ini sudah bijak untuk membicarakan soal kebesaran Allah..anak-anak sekecil ini sudah dapat mengaitkan semua yang berlaku di alam ini dengan kekuasaan Allah.. subhanallah..sangat menyentuh hatiku.. anak-anak di tadika ini sangat bijak sehingga aku tidak merasa yang mereka ini sebenarnya baru berusia 5&6 tahun.. sedangkan pemikiran mereka sangat matang.. Proses pengajaran dan pembelajaran pula diajar dalam bahasa inggeris.. Aku rasa mahu menitik air mata bila setiap kali mereka membaca doa,pasti akan ada maksud doa itu dalam bahasa inggeris.. KAdang-kadang aku sendiri merasa rendah diri jika mahu dibandingkan dengan anak-anak itu yang sangat petah,sangat cerdik.. Setiap kali mahu masuk ke tandas..mereka akan berhenti di depan pintu tandas sambil membaca doa beserta maknanya terlebih dahulu.. begitu juga bila keluar sahaja dari tandas.. makan..tidur.. mereka pasti tidak akan lupa membaca doa..kanak-kanak di tadika ini juga turut di ajar cara berwuduk dan solat.. pAling menarik mereka turut dilatih melakukan solat dhuha..aduhai.. comel sekali.. rindunya aku pada telatah mereka yang sangat bijak.. rindu nya aku pada kenakalan mereka.. Sayang kerana aku hanya dapat mengajar disitu selama sebulan sahaja..aku berasa sangat ralat sebenarnya..berhenti tanpa mengucapkan selamat tinggal pada anak-anak itu..pada sahabat-sahabat disitu..pada teman seperjuangan..ukhti tersayang..atikah..kak salmi.. kak wa..nor.. aku terpaksa..kerana masalah kesihatan..huhuhu.. Sungguh aku rindukan saat bersama mereka.. Saat bercerita dengan tecer atikah ketika sama-sama duty petang menunggu satu demi satu anak-anak itu dijemput parents mereka.. aduhai.. sebak pulak~~ Moga ada rezeki aku dan little caliph lagi..insyaAllah... Buat anak-anak yang dikasihi..Moga kalian membesar sebagai insan yang berbakti kepada agama dan bangsa.. amen insyaAllah.. Angin... sampaikan kerinduan ini pada mereka.. ^_^
aduhai..comel kan??hehe,,
gambar ni di ambil selepas sahaja kelas art and craft.. aku ajar mereka buat ais krin..suka sangat mereka dapat buat ais krim..hehe
yang ni pula gambar waktu petang sementara menunggu kelas mengaji..ketuk-ketuk al baghdadi..=) comelnye..
ni masyaAllah chart..carta yang digunakan bertujuan meletakkan sticker yg pelajar terima setiap kali mendapat sesuatu penghargaan.. =) Semua kenangan ini akan terus segar dalam ingatan aku..kerana inilah sebuah madrasah tarbiyah yg cukup menyentuh jiwaku.. Moga annur rumaisha si kecilku dapat dididik seperti kanak-kanak ini juga.. amenn..

No comments:

Post a Comment