ShArInG.tO.yOu

ahlan wasahlan....

Monday, November 26, 2012

MENGENANG DETIK KELAHIRAN PUTERIKU ANNUR RUMAISHA..

ANNUR RUMAISHA.. Puteri pertamaku.. kelahiran yang cukup membahagiakan hatiku sebagai seorang wanita yang sudah bergelar isteri.. Kelahiran yang amat kunanti nantikan.. akhirnya Allah menganugerahkan aku seorang puteri yang sangat comel.. penyejuk mata abi dan ummi.. Kalau nak bcerita pasal sakitnya melahirkan sudah tentu ramai yang tahu..itulah pengorbanan seorang yang bergelar ibu.. bertarung nyawa nak melahirkan seorang anak..selama sejam lebih aku bergelut dengan kesakitan.. (walaupun xberapa lama,tapi aku rasakan macam lama sangat2..huhuhu..) owh..tak tergambar rasanya sakit itu.. tapi..aku amat bersyukur..kerana apa?? Kerana aku selamat melahirkan juga.. =) Syukur juga sebab suamiku turut dapat bersama ketika saat genting itu..hehehe.. apa tidaknya,sedari awal sudahku pesan supaya dia ada sama ketika aku mahu bersalin.. akhirnya.. impian terlaksana..hehe.. Saat aku ingin bertarung nyawa.. dia sentiasa disisiku.. Thanks to my huby yang dah pun beranikan diri masuk..hehe.. Aku tau tak semua orang dapat rasa peluang macam aku.. apapun.. yang penting semuanya selamat… Kalau nak kenangkan rasa lawak pun ada,mana tak nya.. masa 5hb ogos(due date aku), pkul5.30pg aku dh trun darah.. masa tu memang kelam kabut.. mak dan abah dah suruh pegi hospital..tapi mengenangkan aku tak rasa sakit lagi,aku bagitahu encik suami supaya hold dulu.. yang lawaknya kami boleh pegi bersiar-siar kat taman permainan dulu.. setelah lama di taman,kami berjalan-jalan di sekitar pekan teluk intan.. lepas dah penat berjalan,kami berehat di masjid teluk intan.. duduk di pondok luar masjid.. jam baru pukul 11pagi.. tapi aku masih tidak merasa sebarang kesakitan..sambil duduk disitu dapat juga suamiku tilawah beberapa muka.. bulan ramadhan lah katakan.. nak kena kejar target jugak kan.. ketika di pondok luar masjid berlaku satu insiden..dimana tiba-tiba datang seorang lelaki yang kurang waras.. kami yang dah kecut perut beransur perlahan-lahan beredar dari situ..haishh.. port dah kene kacau pulak..hehe.. masuk waktu zohor,kami ke masjid yang berdekatan.. selepas solat..kami berehat sebentar..sehinggalah asar.. dah tak tahu nak buat apa,aku pun ajak suami ke hospital.. huhuhu.. pelik sebab aku masih tak rasa sakit pun.. sampai di hospital,aku terus di tahan.. kata doctor, dah bukak 2cm.. masih lama nak menunggu.. aku masih tak rasa sebarang kesakitan.. selepas seketika dimonitor dalam labour room,aku diarahkan untuk menunggu di wad sementara sebelum nak bersalin.. tidur wad la Nampak gaya nya.. sedih jugak bila suamiku terpaksa tidur di luar surau kerana tiada siapa pun yang dibenarkan menunggu aku dalam wad.. huhuhu,, kesian abang..banyak nyamuk.. tapi malam tu suamiku hantar makanan kat aku..hehe.. yang best ade roti nan.. waa.. memng best.. dah aku tak sakit..selera makan memang ada je la kan..hehe… tak dilupakan shake Herbalife ku yang setia menjadi peneman.. hehe.. bekalan makanan bernutrisi untuk aku dan baby dalam perut.. =) ..
HAA...Aku sempat posing lagi mase kat wad before bersalin..hehe..siap boleh senyum kucing g.. masa ni tak rasa sakit pun lagi..walaupun dah buka 2cm.. aku cool je lah.. baby dalam perut siap boleh main tendang2 lagi..tak sabar lah tu nak jumpa ummi ngn abi..ehehe.. keesokan harinya jam 9.30pagi,aku dah mula rasa sakit.. setelah diperiksa,bukaab jalan dah 5cm.. aku bersedia dibawa ke labour room.. sebelum itu..shake dulu~~ hehehe~~ nak bersalin kena guna banyak tenaga kan..so.. aku ambik shake untuk persediaan fizikal.. ^_^ (tak puasa!! Hehe..) dah makan kenyang-kenyang.. aku ditolak masuk ke labour room ditemani suami tercinta..tapi suami kena tunggu kat luar labour room..dah nak bersalin baru boleh masuk.. =) masa dalam labour room,lepas je doctor pecahkan air ketuban ku..nah..masa tu lah aku bergelut menahan kesakitan yang datang selang beberapa minit sekali dan semakin lama semakin kerap..aduhh… masa tu aku rasakan seolah-olah umur ku dah tak panjang lagi.. masa tu lah keinsafan datang dalam diri..terkenangkan yang dah terlalu banyak dosa ku lakukan.. teringatlah pada suami,mak abah..owh..aku tak tahu apa akan jadi sekiranya Allah tarik nyawaku ketika itu.. sempat aku mesej suami mintak ampun atas segala dosa.. aku rasakan yang aku dah tak kuat lagi bertarung dengan kesakitan.. (copp!! macam mana boleh mesej kn??hahaha..yg ni aku curik2 mesej..sbb kat labour room mane boleh bawak phone..hehe..)Pukul 11 pagi,doctor mengesahkan yang aku dah boleh bersalin.. dalam keadaan yang tak bermaya sempat ku titipkan pesan agar memanggil suamiku masuk.. sekali lagi aku berusaha sedaya upaya.. dalam fikiran ku Cuma satu.. moga Allah selamatkan bayiku.. kerana itulah tanda kasih suci antara aku dan suamiku.. harapanku sangat besar terhadap bayi itu.. dan akhirnya.. dengan bersaksikan suamiku..puteri kami selamat dilahirkan..itupun setelah beberapa kali aku cuba meneran.. hilang segala kesakitan bila sahaja aku melihat wajah si kecil ku..owh Tuhan.. syukur ku panjatkan kepadaMu…. Kelahiran puteri pertamaku cukup istimewa.. lahir pd 6hb 0gos 2012 bersamaan 17Ramadhan.. Hari isnin.. jam 11.17pagi bertempat dihospital Teluk Intan.. Tarikh yang cukup bermakna padaku.. Annur lahir pada hari nuzul Quran..(aku dah siap pesan suh dy kuar 17ramadhan..hehe.. sehari lewat drp due date aku.. xpun aku pesan lahir hari jumaat iaitu awal 2hari dari due date..hehe..tp annur pilih 17ramadhn..hehe..bgus anak ummi.. Allah maha mendengar permintaan hambaNya..) bulan ramadhan dan hari isnin..seperti mana kelahiran junjungan besar kita Rasulullah SAW.. Sudah tentu harapanku terhadap anakku ini terlalu tinggi.. moga annur jadi anak yang solehah ye sayang.. Buat suami tersayang.. inilah hadiah ayang untuk abang.. inilah pengikat kasih dan cinta antara kita.. terimalah annur rumaisha dan sayangilah dia selayaknya.. ummi sayang abi fillah… Moga dengan kelahiran puteri kita akan menjadi penguat untuk kita terus berusaha mencapai kejayaan..dunia dan akhirat.. insyaAllah.. =) TERIMA KASIH ALLAH.. ^_^
inila annur baru dilahirkan... berumur 2hari..berat annur masa ni 2.82kg.. kecik je..hihi.. ^_^
lihatlah suamiku yang keletihan menunggu ku dihospital..hehe.. tido bersama puteri kami..kesian abang.. moga segala penat lelah abang mendapat ganjaran disisi Allah. InsyaAllah..inilah suamiku yg setia membancuhkan shake herbalife untuk aku ketika berpantang..hehe.. Tq sayang,, ^_^

No comments:

Post a Comment