ShArInG.tO.yOu

ahlan wasahlan....

Monday, December 17, 2012

UBAT HATI

BERSAMA SUAMI DAN ANAK DI HUJUNG MINGGU

aLHAMDULILLAH.. akhirnye..hehhe..setelah penat menunggu..suamiku pulang jgk..so..hujung minggu ni masa untuk bersama suami tercinta..hehe.. pagi tu aku ambik suami aku kat rnr batu5..naik mtotr..balik tu terus pegi kenduri sedare aku dulu.. petang tu pulak kami terus ke lumut..niat dihati nak join my friends edar flyers sekitar lumut.. tapi kami sampai lambat.. petang tu sempatla jumpa dengan cousin my husband,bagi beg IBP kat dy sebab dia dah register jadi distributor herbalife untuk makan produk herbalife murah..hehehe.. Sape yang nak makan murah herbalife?? boleh register dengan aku ok?? (hehehehe...tumpang iklan jap ye admin... wohaha) So..berbalik pada cerita tadi..after jumpe cousin my husband..kitorang terus ke pekan lumut..niat diahati nak bersiar-siar menikmati pemandangan di tepi laut..jeti lumut.. almaklumlah..dah lama tak dating dengan encik suami..hehe.. dulu time kami tak ada baby lagi selalu dating dekat sini..hehe.. lumut memang tempat yang sangat cantik.. kali ni kami dating bawa baby pulak..hehe.. rasa macam tak percaya je..aku dah pun ada anak.. Alhamdulillah..memang sangat bahagia.. seronok rasanya dapat bersiar-siar dengan suami dan anak..anak aku pun suka sangatlah dia dapat berjalan..memang kegemaran dia lah kan..hehe.. biarlah si annur ni lihat keindahan ciptaan Allah.. Bukti kebesaran dan kekuasaan Allah yang aku hadapkan didepan mata dia sejak dari kecil..moga anakku membesar dalam keadaan yang sentiasa mengagumi kebesaran Allah.. amen insyaAllah.. sambil-sambil berjalan tu..sempat lagi aku edarkan flyers kepada orang-ramai yang berada disekitar situ.. mana tahu mungkin ada yang memerlukan pertolongan aku untuk jadi lebih sihat kan?? hehhee.. apapun rezeki daripada Allah..cuma kena ikhlaskan hati untuk bantu orang jadi lebih sihat..itu yang aku ingatkan pada diri sendairi.. Bahagianya.. aku memang happy sangat..sejak aku mula join herbalife ni..aku rasa best sangat.. aku boleh bekerja bila-bila masa dan dimana sahaja.. dulu..aku tak pernak langsung terfikir nak buat kerja macam ni.. aku mula-mula pun start consume herbalife sebab suami aku minum untuk nak turunkan berat..dan dia yang suruh aku minum skali..sebab dia selalu cakap aku dah gemuk..huhuhu..tapi disebabkan masa tu aku mengandung..so,aku just minum untuk improve kesihatan je lah.. alhamdulillah sangat-sangat membantu.. dan strart daripada itu aku terus buat keputusan nak serius buat herbalife dan bantu lebih ramai orang untuk sihat.. dan misi kami bermula dengan keluarga terdekat dahulu.. kemudian barulah kepada rakan-rakan.. aku just share testimoni aku,dan suami aku..serta beberapa testimoni dari sahabat-sahabat dalam herbalife.. Alhamdulillah..semua yang cuba semua dapat result.. dan setiap kali orang dapat result aku rasa sangat happy.. =) itulah istimewanya HERBALIFE.. anda yang di luar sana yang ada masalah berat badan,dan masalah-masalah penyakit atau apa,aku sangat sarankan untuk anda cuba produk herbalife.. mana tahu dapat memabantu masalah tu kan.. cubalah..itu ikhtiar kita..yang beri kesembuhan yang beri kesihatan itu tetaplah Allah jua.. Sambung balik cerita dating aku dan encik suami bersama anak..hehe.. So..kami berjalanlah sepuasnya di persisiran pantai itu.. sempat jugak bertemu dengan sahabat seperjuangan dalam herbalife ni..miera dan shila..hehe.. borak kejap dengan dioarang kat tepi jalan..hehe.. lepas tu diorang pun mintak diri untuk pulang..so,kami teruskan perjalanan..hehe.. dah penat kaki berjalan kami pun pulang.. aku rasa annur mesti puas dapat berjalan..hehe..(hakikatnye annur tak jalan pun..kena dukung je ngan suami..hohoho.. )memang sejak abinya belum balik aku dah cakap nak bawak annur berjalan bila abi pulang nanti.. dan sekarang sudah terlunas janjiku pada sikecil annur ni..hehe.. mudah mudahan annur dapat rasa bahagia sepetang bersama abi dan ummi nya.. ^_^ keesokan harinya kami pergi ke rumah sepupuku di langkap.. ada majlis bertunang.. wah..berjalan lagilah anak aku ni..hehe.. memang aktiviti sangat padat sepanjang sumaiku di kampung.. sementara di rmah sepupuku itu sempat juga aku lari sekejap ke rumah sahabatku yang melansungkan perkahwinan pada hari yang sama.. dekat je.. alhamdulillah..seorang lagi sahabat baikku telah pun selamat menyempurnakan separuh dari agamanya insyaAllah.. moga beroleh kebahagiaan dalam rumah tangga.. amen insyaAllah.. jadi isteri yang baik dan taat pada suami ye sayang.. petang tu lepas pulang dari rumah sepupu aku,sempt singgah di pasaraya bawak mak dan abah aku..diorang ni jenis yang jarang sangat berjalan..so sekali sekala dapar bawak tu seronok jugak.. Aku harap satu hari nanti aku dapat bantu mak dan abah aku dari segi kewangan.. mesti seronok kan dapat lihat orang yang kita sayang gembira.. almaklumlah..aku dari background family yang agak susah.. tapi aku tidaklah bermaksud kekayaan itu yang dapat memberi kebahagiaan..tidak juga..aku bersyukur..walaupun kami bukan dari keluarga yang kaya tapi kami tetap bahagia.. sehingga sekarang.. cuma sebagai anak aku nak juga bagi mak dan abah aku rasa hasil dari titik peluh ku sendiri.. insyaAllah.. aku akan berusaha bersungguh-sungguh.. Mohon doa dari kalian ye.. =) hari isnin suami ku pulang semula ke melaka... rasa sedih pulak nak berpisah lagi..macam ni lah aku setiap kali suamiku hendak pulang semula ke melaka.. rasa hati berat hendak melepaskan..namun..apakan daya..suamiku harus pulang untuk menghabiskan kuliahnya disana... cuma doa yang dapat kutitipkan bersama pemergiaannya.. aku berjanji padanya yang aku akn menjaga dan mendidik annur sebaik mungkin sepanjang ketiadaannya disini... walaupun seketika pertemuaan ini..namun aku merasa sangat-sangat bahagia.. syukur kerana Allah bagi kesempatan untuk kami bertemu walau hanya untuk seketika.. InsyaAllah aku akan setia menunggu untuk pertemuaan seterusnya.. abang jaga diri baik-baik kat sana... kuatkan semngat..Ayg serahkan abg pada Allah kerana hanya DIA yang dapat menjaga abg sebaiknya.. Moga Allah sentiasa menjaga abang..rahmati abang... lindungi abang.. amen.. dan insyaAllah kita pasti berjumpa lagi.. =) biar jarak memisahkan kita namun abang akn tetap dekat dihati ayang.. ayang sayang abang kerana Allah...ayang sayang anak kita kerana Allah.. ayang sayang keluarga kita kerana Allah.. moga hubungan kasih sayang cinta dan rindu kita ini berpanjangan hingga ke jannah Allah..insyaAllah amenn.. (sebaknya rasa hati.. bukan mudah hidup berjauhan dengan suami..tapi inilah yang dinamakan pengorbanan..)

Friday, December 14, 2012

MENUNGGU KEPULANGAN SUAMI TERSAYANG..

Benarlah kata orang..penantian itu suatu penyiksaan.. haisshh.. sabar je lah.. hari ni suami tersayang nak balik kampung..yeaay..dapat lepas rindu..hehe.. aku menanti dengan penuh sabar... Bilik dah siap-siap kemas..cantik dah bilik ni..hehe.. aku alih sana sini perabot..kononnya nak bagi nampak lain sikit la kan.. maklumlah.. nak bagi suami rasa selesa.. Rindu dalam hati ni usah dikira.. terlalu rindu..huhu.. begini lah aku.. duduk berjauhan dengan suami.. aku di kampung perak bersama baby..suamiku pula di melaka meneruskan pengajiannya di utem.. jarak memisahkan kami..jauh..huhuhu.. 5jam perjalanan.. dan kerana itu setiap hari aku merindukan suamiku.. bila saja suamiku memberi tahu mahu pulang saat itu hati melonjak gembira!! Aku dah siapkan apa yang patut..cuma..erm..tak sempat lagi nak buat durian crepe untuk suami..hehe..tak apa..esok ada.. =)Suamiku bertolak dari melaka jam 8.40pagi.. dan singgah di sah alam dulu.. sebab dia nak beli penimbang TANITA(body scanner)kat kilang di shah alam.. mesti ramai yang tak tahu body scanner tu ape kan?? actually body scanner ni boleh timbang orang sekali dapat tahu peratusan lemak dalam badan,peratusan air,berat otot,berat tulang,viseral fat,umur metabolisme,kadar BMR,dan keadaan fizikal.. haa..menrik kan?? so,sape-sape yang naik atas timbang ni akan tau la berapa lemak dalam badan yang dah diternak,berapa banyak minum air,berapa dah umur dalaman korg,macam orang dah tua ke atau orang muda,dan paling best boleh tahu korang punya lemak dalaman..lemak yang kat organ cm jantung,salur darah,, yang ni memang sangat penting untuk korang tau..sebabnya lemak organ ni sangat3 lah bahayanya.. lemak ni lah punca kepada penyakit seperti sakit jantung,kencing manis,darah tinggi dan sebagainya.. so memang kena ambil tahu suapaya korang senang nak jaga.. =) so..sapa-sapa nak scan badan boleh contact aku ye.. hehe..berbalik kepada cerita suamiku tadi.. dia singgah shah alam nak beli penimbang dulu.. untuk memudahkan kami bekerja dan bantu lebih ramai orang untuk sihat.. lepas tu dari shah alam sepatutnya suamiku akan terus balik kampung.. tapi.. tadi suami aku cakap dia nak ke subang terlebih dahulu..nak jumpa emak dia yang sedang bercuti dirumah sepupu suamiku.. ok..aku kata tak apalah kan..nak jumpa mak dia pun..bukan awek lain..hehe.. lepas ke subang barulah suamiku akan meneruskan perjalanan ke perak.. tapi tiba2 handphone aku berbunyi pukul7.45pm lebih kurang.. suami ku bagi tahu dia terlepas bas.. so.. tak dapatlah dia balik malam ni.. waaaaaaaa... sedihnya... aku punya hati rasa macam kecewa..huhuhu.. dah lah kita tengah rindu... tetiba tak jadi balik malam ni..aku macam nak marah pn ada.. huuhu..apa boleh buat..perancangan Allah itu adalah yang terbaik.. aku pasrah..huhu.. suamiku tidur rmah kawan dia dulu..esoknya baru dia balik.. abang...rindunya lah ayang pada abang..hhuhu... annur ni lagi rindu abi dia.. anak aku ni macam paham je..dari siang tadi aku duk sebut-sebut kat dia.."abi nak balik hari ni sayang..nanti boleh sayang main dengan abi.." seolah-olah mengerti..dia tak nak tidur langsng dari petang tadi sampailah nak dekat pukul10..huhu.. anak ummi tunggu abi ye.. kesian annur.. inilah pengorbanan namanya sayang.. moga suatu hari nanti kita akan kembali hidup dalam satu rumah..bersama-sama menempuh onak duri..susah senang..kita lalui bersama.. insyaAllah sayang.. ummi pun rindukan abi..huhu.. balik cepat ye abi..ummi dan annur rinduuuu sangat pada abi.. Moga Allah panjangkan umur kami dan izinkan kami bertemu esok.. amen..insyaAllah..

Thursday, December 13, 2012

SAVE FOR GAZA

Assalamualaikum Sesiapa jua yang blogwalking atau follower blog sederhana ini, saya nak menyeru bantuan demi saudara Islam kita di Gaza, Palestin. Kita tak mampu menggadai nyawa untuk berperang, maka apalah kiranya kita membantu dengan sedikit wang. Perbuatan baik insyaallah akan mendapat balasan yang baik. Ameen... Bantuan boleh disalurkan melalui cara berikut: (Aman Palestin Berhad) Dana Sumbangan & Derma Bank Islam: 12029010047880 Maybank: 562263010787 Bank Muamalat: 12070005133717 RHB Islamic Bank: 21245760004907 Bank Rakyat: 22-080-619592-2 Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95 Menderma melalui SMS Taip PALESTIN 10 (Nilai RM10/5/3/1) Contoh: PALESTIN 10 Hantar ke 39111

Friday, December 7, 2012

LITTLE CALIPH AYER KEROH..DALAM INGATAN..

Malam-malam macam ni..bile anak dah tido..aku pulak tak boleh nak tido...mula lah terkenangkan macam-macam perkara.. Tiba-tiba hati jadi sayu,,teringat kisah aku dan little caliph ayer keroh..tadika al fateh.. Tempat dimana aku telah di beri peluang yg sangat berharga..peluang untuk aku mencari rezeki..peluang dimana aku dapat belajar bagaimana mendidik kanak-kanak seusia 5&6 tahun.. peluang untuk aku mengenali insan-insan yg cukup baik terhadapku.. Ketika itu aku mengandung 6bulan.. aku start mengajar di tadika al fateh pada akhir bulan april 2012.. Ukhti Biha,pengetua tadika al fateh...Dia lah yg telah menawarkan ku perkejaan sebagai teacher di tadika al fateh.. dia mengenaliku melalui kak shaf.. mereka ini insan yang ku kira banyak menolong ku pada ketika itu. Pada ketika itu aku duduk menyewa di sebuah rumah di Melaka bersama suami tersayang.. AKu yg sepatutnya menduduki semester akhir di uitm shah alam terpaksa menangguhkan pengajian kerana sedang sarat mengandungkan anak kami yg pertama.. suamiku berusaha mencari rumah sewa untuk kami kerana aku ingin sentiasa disampingnya sepanjang aku mengandungkan bayi kami.. aku ingin dia turut merasai saat-saat yang ku kira cukup bermakna ini..Kami berjanji untuk mengharungi susah senang bersama..pada ketika itu suamiku juga masih meneruskan kuliah nya di utem.. Kehidupan kami ketika itu memng sangat bahagia walau dalam keadaan yang serba sederhana.. Bayangkan..setelah dua tahun lebih kami berkahwin..itulah kali pertama kami dapat merasai pengalaman hidup berdua sebagai suami isteri dalam sebuah rumah yang hanya ada kami berdua..Aku merasa sangat bahagia kerana dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri..aLMAKLUMLAH..sebelum ni aku belajar di uitm shah alam..dan suami di melaka..berjumpa hanya 2 3minggu sekali..itupun jika berkelapangan.. Dan bila cuti semester pula kami duduk di kampung,rmah orang tua kami..RAsanya sangat bahagia bila aku dapat melakukan kerja-kerja rumah seperti kebanyakan isteri-isteri di luar sana.. membasuh.memasak..mengemas rumah.. satu kepuasan yang tak dapat di gambarkan.. Adakalanya kami melakukan semua tugasan bersama-sama.. Memang menyeronokkan.. =) Tapi dalam pada itu aku tetap harus memikirkan bagaimana untuk menampung kehidupan sepanjang aku berada di melaka..hati ini sangat ingin meringankan beban suami.. Aku tahu,suamiku masih belajar,,jadi rasanya tak salah kalau kami saling tolong menolong dalam soal kewangan.. JAdi..bila kak biha dah offer aku kerja di tadika..aku terima dengan hati yang terbuka..Syukur yang tidak terhingga pada yang MAha Esa.. Sesungguhnya Dialah Tuhan yg MAha mendengar doa hambaNya.. TAdika al fateh.. banyak yang dapat aku belajar sepanjang sebulan aku disana.. Dengan pelbagai ragam dan keletah anak-anak,cukup membuat aku terhibur.. Paling aku tersentuh modul yang diguna pakai dalam tadika little caliph ni yang sangat-sangat menitik beratkan soal islam.. Anak-anak di tadika ini di terapkan dengan nilai-nilai murni dan akhlak islamiah.. Semua yang di ajar kepada anak-anak didik di sini tidak akan sesekali lari dari menyebut nama Allah.. Belajar matematik,sains,semua dikaitkan dengan kebesaran Allah..BAyangkan betapa indahnya konsep yang diguna pakai.. anak-anak yang masih sekecil ini sudah bijak untuk membicarakan soal kebesaran Allah..anak-anak sekecil ini sudah dapat mengaitkan semua yang berlaku di alam ini dengan kekuasaan Allah.. subhanallah..sangat menyentuh hatiku.. anak-anak di tadika ini sangat bijak sehingga aku tidak merasa yang mereka ini sebenarnya baru berusia 5&6 tahun.. sedangkan pemikiran mereka sangat matang.. Proses pengajaran dan pembelajaran pula diajar dalam bahasa inggeris.. Aku rasa mahu menitik air mata bila setiap kali mereka membaca doa,pasti akan ada maksud doa itu dalam bahasa inggeris.. KAdang-kadang aku sendiri merasa rendah diri jika mahu dibandingkan dengan anak-anak itu yang sangat petah,sangat cerdik.. Setiap kali mahu masuk ke tandas..mereka akan berhenti di depan pintu tandas sambil membaca doa beserta maknanya terlebih dahulu.. begitu juga bila keluar sahaja dari tandas.. makan..tidur.. mereka pasti tidak akan lupa membaca doa..kanak-kanak di tadika ini juga turut di ajar cara berwuduk dan solat.. pAling menarik mereka turut dilatih melakukan solat dhuha..aduhai.. comel sekali.. rindunya aku pada telatah mereka yang sangat bijak.. rindu nya aku pada kenakalan mereka.. Sayang kerana aku hanya dapat mengajar disitu selama sebulan sahaja..aku berasa sangat ralat sebenarnya..berhenti tanpa mengucapkan selamat tinggal pada anak-anak itu..pada sahabat-sahabat disitu..pada teman seperjuangan..ukhti tersayang..atikah..kak salmi.. kak wa..nor.. aku terpaksa..kerana masalah kesihatan..huhuhu.. Sungguh aku rindukan saat bersama mereka.. Saat bercerita dengan tecer atikah ketika sama-sama duty petang menunggu satu demi satu anak-anak itu dijemput parents mereka.. aduhai.. sebak pulak~~ Moga ada rezeki aku dan little caliph lagi..insyaAllah... Buat anak-anak yang dikasihi..Moga kalian membesar sebagai insan yang berbakti kepada agama dan bangsa.. amen insyaAllah.. Angin... sampaikan kerinduan ini pada mereka.. ^_^
aduhai..comel kan??hehe,,
gambar ni di ambil selepas sahaja kelas art and craft.. aku ajar mereka buat ais krin..suka sangat mereka dapat buat ais krim..hehe
yang ni pula gambar waktu petang sementara menunggu kelas mengaji..ketuk-ketuk al baghdadi..=) comelnye..
ni masyaAllah chart..carta yang digunakan bertujuan meletakkan sticker yg pelajar terima setiap kali mendapat sesuatu penghargaan.. =) Semua kenangan ini akan terus segar dalam ingatan aku..kerana inilah sebuah madrasah tarbiyah yg cukup menyentuh jiwaku.. Moga annur rumaisha si kecilku dapat dididik seperti kanak-kanak ini juga.. amenn..