ShArInG.tO.yOu

ahlan wasahlan....

Monday, July 19, 2010

SALAHKAH BERCINTA...

syukur kerana diri ini masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk terus bernafas di muka bumi ini....
disini ingin ku sambung kembali persoalan yg telah ku tinggalkan...
Salahkah bercinta??
Tidak...
bercinta memang tidak ada salahnya kerana ia adalah fitrah tabi'e yang Allah kurniakan kepada setiap manusia.Ingin cinta dan dicintai adalah naluri(instinct)
setiap manusia.Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan...
Oleh kerana cinta adalah fitrah maka tentulah tidak salah untuk kita merasainya.
Jika salah xkan Tuhan mengurniakan rasa cinta?
Allah maha mengetahui..maha pengasih..maha penyayang..Setiap yg dijadikan pasti ada sebab dan tujuan,,
Namun Allah tidaklah mengurniakan perasaan cinta itu secara polos begitu saja.. Perasaan cinta itu Allah telah hadirkan bersama peraturan cinta demi menjaga kemurniannya... Namun sayang nya peraturan ini lah yang sering dilanggar oleh manusia...khususnya para remaja...
Perasaan cinta itu sememang nya tidak salah tapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta..
Disisnilah akan berlakunya "cinta terlarang" iaitu cinta yg menafikan prinsip dan melanggar peraturan dari Allah...Jadi jgn lah kita hanya mengakui cinta itu dari Allah tetapi tidak mengakui peraturan cinta yg juga datangnya dari Allah...

CINTA ITU FITRAH
FITARAH PERLUKAN HIDAYAH
JIKA TIDAK,FITRAH AKAN JADI FITNAH..


click to create your own
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...
Bila berbicara tentang cinta masing2 sudah pun mempunyai tafsiran yang tersendiri tentang cinta...
Bagiku.... cinta umpama hadiah daripada Allah..Kita gembira dan suka apabila menerima hadiah,,
Namun,wajarkah hadiah lebih dicintai daripada pemberi hadiah?
Silakan kalian berfikir tentang persoalan ini....
wajar atau tidak?
padaku jawapannya tentulah tidak wajar...
Tetapi sayang seribu kali sayang apabila kita lihat pada hari ini...
Pujian,sanjungan dan sikap mengagung-agungkan cinta dalam nyanyian mahupun filem2 kadang kala sampai ke tahap seolah-olah hidup bertuhankan cinta..
memetik kata2 ustaz pahrol mohd juoi dalam karangan nya yg bertajuk "TENTANG CINTA"
"KITA TIDAK BOLEH MENCINTAI ORANG LAIN SEBELUM MENCINTAI DIRI SENDIRI,DAN KITA TIDAK BOLEH MENCINTAI DIRI SENDIRI SEBELUM MENCINTAI ALLAH"
Tentu kalian faham apa yang dimaksudkan dalam ayat diatas.....

Salahkah bercinta??
remaja selalau bertanya apakah salah kami bercinta?
Disini kutinggalkan persoalan buat mengasah minda dan melihat sejauh mana pendapat kalian tentang persoalan ini....

Sunday, July 18, 2010

coretan ukhuwah islamiah....

salam buat saudara seislamku........
sedikit pengenalan untuk permulaan...
sebelum lebih jauh pena melakar....
sedikit madah buat tatapan...

jauh ku berlari,
mencari erti cinta,
yang ku temui,
hanyalah jauh dari- Nya
cukuplah...
cukuplah dengan kealpaan semalam,
takkan ku ulangi dosa-dosa silam
hanya bersama-Mu cinta sejati bersulam,
akan ku damba-Mu siang dan malam..

hati itu fitrahnya putih dan bersih,
kan hitam ternoda lantaran dosa,
kikislah aibnya agar kembali jernih
pertahankanlah kesuciannya dalam
Halaqah Cinta.
Disisnilah,
aku menyahut kalam-Mu ya Allah
Moga halaqoh ini menusuk jiwa
memandu islah diri sendiri..