ShArInG.tO.yOu

ahlan wasahlan....

Wednesday, September 19, 2012

MAKANAN YG MENGURANGKAN KADAR KOLESTROL DALAM BADAN

1. JAMBU BATU Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Untuk memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh, disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi . Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai. 2. OAT kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
3. KISMIS Sesiapa yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%. Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol.
4. MANGGA Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol jahat dalam tubuh. 5. KACANG TANAH Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol baik dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung. 6. IKAN TUNA Ikan Tuna tergolong dalam sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol jahat.
7. EPAL Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari dapatuntuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau minum jusnya, dapat menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan. 8. BUAH KERING Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima. 9. KUACI Kuaci mengandungi zat besi. Pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari dapat menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol jahat sekali gus menghadkan kolestrol baik.
10. SOYA Kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral membantu memecahkan lemak di samping membantu meningkatkan kadar lemak baik dan mengurangkan kadar lemak jahat. Ia mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Kacang soya juga dapt mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis. selain pemakanan yang sihat. saya guna herbalife. anda bagaimana?

Monday, September 17, 2012

SENAM HARI-HARI TAPI TAK KURUS JUGAK??!

< Kenapa saya nak turun berat? - saya nak kawin/tunang hujung tahun - saya nak ke majlis reunion/dinner/party - pakwe/suami tak suka saya gemuk - doktor suruh saya turunkan berat sebab penyakit - kalau tak turun berat tak boleh dapat kerja/naik pangkat - saya dah bersalin dan nak cepat dapatkan berat lama semula Jika ini jawapan anda, anda memang mempunyai motivasi yg kuat utk menurunkan berat. PM/call/sms saya kerana saya boleh membantu anda menurunkan berat badan secara sihat dan berkesan.. pm me! ask me how! 0134320768

KEBAIKAN AIR KOSONG YG ANDA PERLU TAHU!

MINUM 2.5L AIR KOSONG YANG BERSIH SETIAP HARI DAPAT MENGURANGKAN RISIKO KANSER PAYUDARA SEBANYAK 79%. ! Jom kita lihat betapa mudahnya amalan minum air pada waktu2 tertentu ini dapat berikan manfaat jangka panjang : * 2 gelas air setelah bangun tidur - bantu replenish liquid dalam tubuh/ gantian-air dalam organ2 kerana tubuh tidak mendapat air dalam tempoh 6-8 jam waktu tidur. Ini amat penting untuk 'activate' internal organ. * 1 gelas air, 30minit sebelum makan - menyediakan esofagus dan sistem penghadaman (termasuk perut dan laluan nya) menerima makanan dan bantu proses penghadaman yang lebih efektif. Menurut kajian di Eropah, 90% orang yang minum air kosong sebelum makan mempunyai tahap kesihatan penghadaman yang lebih baik, dan kurang berisiko untuk mendapat kanser kolon. * 1 gelas air sebelum mandi - membantu menurunkan tekanan darah * 1 gelas air sebelum tidur - membantu mengelakkan serangan strok/angin ahmar dan bantu tubuh untuk sistem kardiovaskular yang sihat. Amalan ini juga membantu kurangkan rasa lapar di waktu malam seperti disahihkan kajiannya oleh University of Washington. *** Amalan minum 2.5L air kosong yang bersih setiap hari, 45% membantu mencegah kanser kolon, mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 79%, dan 50% kanser hempedu. (Hasil kajian yang dipersetujui oleh pakar kesihatan seluruh dunia)

MAKAN CARA SIHAT IKUT SUNNAH NABI

KITA berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu. Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an. Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).
Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal. Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’. Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan. Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal. Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan. Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!” Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan. Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman. Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius. Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya: “Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya. “Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit. “Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!” Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh. Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan. Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh. Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan. Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk. Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak. Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak. Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan. Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik. Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan. Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan. Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan. Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan. Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.” Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman. Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum. Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.” Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud: “Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.” Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan. Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud: “Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.” Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang! Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”

Nutrisi Selular

Apa itu nutrisi selular? Memandangkan badan kita sangat-sangat memerlukan nutrien, kita harus tahu samada sel yang menyerap nutrisi ini adakah berfungsi sebaiknya dan dapat melakukan 'tugas'nya dengan baik? Sel yang menyerap nutrisi ini ialah vilus. Vilus merupakan komponen penting dalam usus kecil kita yang akan menyerap nutrisi daripada makanan yang diambil sehari-hari. Dalam dunia kita yang semakin canggih ini, boleh dikatakan kebanyakan daripada kita mempunyai vilus yang agak rapuh dan kurang baik. Ini adalah berikutan kesan daripada pemakanan seharian kita, penggunaan toksin dan bahan kimia dalam pemprosesan dan pertumbuhan sayur-sayuran dan buah-buahan, pencemaran udara dan lain-lain. Jadi tidak hairanlah sekiranya vilus kita turut termasuk dalam kategori ini. Malah, mengikut kajian WHO (World Health Organisation), kadar nutrisi dan zat dalam sebiji epal sekarang adalah tidak sama dengan zat dalam sebiji epal pada masa yang lalu! Jadi, Herbalife sangat membantu memperbaiki vilus yang rapuh ini dan membantu mengaktifkannya. Inilah yang dinamakan nutrisi selular, yang mana produk Herbalife diasaskan dan diformulasikan dengan konsep terbaik ini! Kalau mahu tahu, ini adalah vilus kita!
Vilus merupakan komponen halus berbentuk seperti jejari yang mana terletak di sepanjang dinidung usus. Pada asasnya, ia berfungsi sebagai 'jaga' ie guard, membantu penyerapan lebih banyak nutrien, mineral dan vitamin serta memelihara diri daripada toksin. Jika sihat vilus kita, maka mudahlah bagi kita untuk menikmati setiap nutrisi daripada makanan yang kita ambil. Bukan itu sahaja, proses memperbaiki sel juga dapat dilakukan dengan baik (proses regenerate), yakni sel-sel lama akan diganti dengan yang lebih baik. Jika sebaliknya, maka tidak hairanlah mengapa kita asyik mahu makan sahaja dan asyik rasa lapar sahaja. Ini adalah kerana vilus kita sangat lapar dan dahagakan nutrisi. =) Secara logiknya, jika kita makan makanan yang sihat, maka kesihatan diri juga dapat dipertingkatkan. Penyakit-penyakit yang kebanyakkannya berpunca daripada corak pemakanan kita akan berjaya dikurangkan dan diatasi dengan penggantian produk Herbalife yang berunsurkan bahan semulajadi. Jadi, usah berlengah lagi. Hubungi saya sekarang untuk mencuba produk nutrisi selular yang sihat ini! =)