ShArInG.tO.yOu

ahlan wasahlan....

Monday, December 17, 2012

UBAT HATI

BERSAMA SUAMI DAN ANAK DI HUJUNG MINGGU

aLHAMDULILLAH.. akhirnye..hehhe..setelah penat menunggu..suamiku pulang jgk..so..hujung minggu ni masa untuk bersama suami tercinta..hehe.. pagi tu aku ambik suami aku kat rnr batu5..naik mtotr..balik tu terus pegi kenduri sedare aku dulu.. petang tu pulak kami terus ke lumut..niat dihati nak join my friends edar flyers sekitar lumut.. tapi kami sampai lambat.. petang tu sempatla jumpa dengan cousin my husband,bagi beg IBP kat dy sebab dia dah register jadi distributor herbalife untuk makan produk herbalife murah..hehehe.. Sape yang nak makan murah herbalife?? boleh register dengan aku ok?? (hehehehe...tumpang iklan jap ye admin... wohaha) So..berbalik pada cerita tadi..after jumpe cousin my husband..kitorang terus ke pekan lumut..niat diahati nak bersiar-siar menikmati pemandangan di tepi laut..jeti lumut.. almaklumlah..dah lama tak dating dengan encik suami..hehe.. dulu time kami tak ada baby lagi selalu dating dekat sini..hehe.. lumut memang tempat yang sangat cantik.. kali ni kami dating bawa baby pulak..hehe.. rasa macam tak percaya je..aku dah pun ada anak.. Alhamdulillah..memang sangat bahagia.. seronok rasanya dapat bersiar-siar dengan suami dan anak..anak aku pun suka sangatlah dia dapat berjalan..memang kegemaran dia lah kan..hehe.. biarlah si annur ni lihat keindahan ciptaan Allah.. Bukti kebesaran dan kekuasaan Allah yang aku hadapkan didepan mata dia sejak dari kecil..moga anakku membesar dalam keadaan yang sentiasa mengagumi kebesaran Allah.. amen insyaAllah.. sambil-sambil berjalan tu..sempat lagi aku edarkan flyers kepada orang-ramai yang berada disekitar situ.. mana tahu mungkin ada yang memerlukan pertolongan aku untuk jadi lebih sihat kan?? hehhee.. apapun rezeki daripada Allah..cuma kena ikhlaskan hati untuk bantu orang jadi lebih sihat..itu yang aku ingatkan pada diri sendairi.. Bahagianya.. aku memang happy sangat..sejak aku mula join herbalife ni..aku rasa best sangat.. aku boleh bekerja bila-bila masa dan dimana sahaja.. dulu..aku tak pernak langsung terfikir nak buat kerja macam ni.. aku mula-mula pun start consume herbalife sebab suami aku minum untuk nak turunkan berat..dan dia yang suruh aku minum skali..sebab dia selalu cakap aku dah gemuk..huhuhu..tapi disebabkan masa tu aku mengandung..so,aku just minum untuk improve kesihatan je lah.. alhamdulillah sangat-sangat membantu.. dan strart daripada itu aku terus buat keputusan nak serius buat herbalife dan bantu lebih ramai orang untuk sihat.. dan misi kami bermula dengan keluarga terdekat dahulu.. kemudian barulah kepada rakan-rakan.. aku just share testimoni aku,dan suami aku..serta beberapa testimoni dari sahabat-sahabat dalam herbalife.. Alhamdulillah..semua yang cuba semua dapat result.. dan setiap kali orang dapat result aku rasa sangat happy.. =) itulah istimewanya HERBALIFE.. anda yang di luar sana yang ada masalah berat badan,dan masalah-masalah penyakit atau apa,aku sangat sarankan untuk anda cuba produk herbalife.. mana tahu dapat memabantu masalah tu kan.. cubalah..itu ikhtiar kita..yang beri kesembuhan yang beri kesihatan itu tetaplah Allah jua.. Sambung balik cerita dating aku dan encik suami bersama anak..hehe.. So..kami berjalanlah sepuasnya di persisiran pantai itu.. sempat jugak bertemu dengan sahabat seperjuangan dalam herbalife ni..miera dan shila..hehe.. borak kejap dengan dioarang kat tepi jalan..hehe.. lepas tu diorang pun mintak diri untuk pulang..so,kami teruskan perjalanan..hehe.. dah penat kaki berjalan kami pun pulang.. aku rasa annur mesti puas dapat berjalan..hehe..(hakikatnye annur tak jalan pun..kena dukung je ngan suami..hohoho.. )memang sejak abinya belum balik aku dah cakap nak bawak annur berjalan bila abi pulang nanti.. dan sekarang sudah terlunas janjiku pada sikecil annur ni..hehe.. mudah mudahan annur dapat rasa bahagia sepetang bersama abi dan ummi nya.. ^_^ keesokan harinya kami pergi ke rumah sepupuku di langkap.. ada majlis bertunang.. wah..berjalan lagilah anak aku ni..hehe.. memang aktiviti sangat padat sepanjang sumaiku di kampung.. sementara di rmah sepupuku itu sempat juga aku lari sekejap ke rumah sahabatku yang melansungkan perkahwinan pada hari yang sama.. dekat je.. alhamdulillah..seorang lagi sahabat baikku telah pun selamat menyempurnakan separuh dari agamanya insyaAllah.. moga beroleh kebahagiaan dalam rumah tangga.. amen insyaAllah.. jadi isteri yang baik dan taat pada suami ye sayang.. petang tu lepas pulang dari rumah sepupu aku,sempt singgah di pasaraya bawak mak dan abah aku..diorang ni jenis yang jarang sangat berjalan..so sekali sekala dapar bawak tu seronok jugak.. Aku harap satu hari nanti aku dapat bantu mak dan abah aku dari segi kewangan.. mesti seronok kan dapat lihat orang yang kita sayang gembira.. almaklumlah..aku dari background family yang agak susah.. tapi aku tidaklah bermaksud kekayaan itu yang dapat memberi kebahagiaan..tidak juga..aku bersyukur..walaupun kami bukan dari keluarga yang kaya tapi kami tetap bahagia.. sehingga sekarang.. cuma sebagai anak aku nak juga bagi mak dan abah aku rasa hasil dari titik peluh ku sendiri.. insyaAllah.. aku akan berusaha bersungguh-sungguh.. Mohon doa dari kalian ye.. =) hari isnin suami ku pulang semula ke melaka... rasa sedih pulak nak berpisah lagi..macam ni lah aku setiap kali suamiku hendak pulang semula ke melaka.. rasa hati berat hendak melepaskan..namun..apakan daya..suamiku harus pulang untuk menghabiskan kuliahnya disana... cuma doa yang dapat kutitipkan bersama pemergiaannya.. aku berjanji padanya yang aku akn menjaga dan mendidik annur sebaik mungkin sepanjang ketiadaannya disini... walaupun seketika pertemuaan ini..namun aku merasa sangat-sangat bahagia.. syukur kerana Allah bagi kesempatan untuk kami bertemu walau hanya untuk seketika.. InsyaAllah aku akan setia menunggu untuk pertemuaan seterusnya.. abang jaga diri baik-baik kat sana... kuatkan semngat..Ayg serahkan abg pada Allah kerana hanya DIA yang dapat menjaga abg sebaiknya.. Moga Allah sentiasa menjaga abang..rahmati abang... lindungi abang.. amen.. dan insyaAllah kita pasti berjumpa lagi.. =) biar jarak memisahkan kita namun abang akn tetap dekat dihati ayang.. ayang sayang abang kerana Allah...ayang sayang anak kita kerana Allah.. ayang sayang keluarga kita kerana Allah.. moga hubungan kasih sayang cinta dan rindu kita ini berpanjangan hingga ke jannah Allah..insyaAllah amenn.. (sebaknya rasa hati.. bukan mudah hidup berjauhan dengan suami..tapi inilah yang dinamakan pengorbanan..)

Friday, December 14, 2012

MENUNGGU KEPULANGAN SUAMI TERSAYANG..

Benarlah kata orang..penantian itu suatu penyiksaan.. haisshh.. sabar je lah.. hari ni suami tersayang nak balik kampung..yeaay..dapat lepas rindu..hehe.. aku menanti dengan penuh sabar... Bilik dah siap-siap kemas..cantik dah bilik ni..hehe.. aku alih sana sini perabot..kononnya nak bagi nampak lain sikit la kan.. maklumlah.. nak bagi suami rasa selesa.. Rindu dalam hati ni usah dikira.. terlalu rindu..huhu.. begini lah aku.. duduk berjauhan dengan suami.. aku di kampung perak bersama baby..suamiku pula di melaka meneruskan pengajiannya di utem.. jarak memisahkan kami..jauh..huhuhu.. 5jam perjalanan.. dan kerana itu setiap hari aku merindukan suamiku.. bila saja suamiku memberi tahu mahu pulang saat itu hati melonjak gembira!! Aku dah siapkan apa yang patut..cuma..erm..tak sempat lagi nak buat durian crepe untuk suami..hehe..tak apa..esok ada.. =)Suamiku bertolak dari melaka jam 8.40pagi.. dan singgah di sah alam dulu.. sebab dia nak beli penimbang TANITA(body scanner)kat kilang di shah alam.. mesti ramai yang tak tahu body scanner tu ape kan?? actually body scanner ni boleh timbang orang sekali dapat tahu peratusan lemak dalam badan,peratusan air,berat otot,berat tulang,viseral fat,umur metabolisme,kadar BMR,dan keadaan fizikal.. haa..menrik kan?? so,sape-sape yang naik atas timbang ni akan tau la berapa lemak dalam badan yang dah diternak,berapa banyak minum air,berapa dah umur dalaman korg,macam orang dah tua ke atau orang muda,dan paling best boleh tahu korang punya lemak dalaman..lemak yang kat organ cm jantung,salur darah,, yang ni memang sangat penting untuk korang tau..sebabnya lemak organ ni sangat3 lah bahayanya.. lemak ni lah punca kepada penyakit seperti sakit jantung,kencing manis,darah tinggi dan sebagainya.. so memang kena ambil tahu suapaya korang senang nak jaga.. =) so..sapa-sapa nak scan badan boleh contact aku ye.. hehe..berbalik kepada cerita suamiku tadi.. dia singgah shah alam nak beli penimbang dulu.. untuk memudahkan kami bekerja dan bantu lebih ramai orang untuk sihat.. lepas tu dari shah alam sepatutnya suamiku akan terus balik kampung.. tapi.. tadi suami aku cakap dia nak ke subang terlebih dahulu..nak jumpa emak dia yang sedang bercuti dirumah sepupu suamiku.. ok..aku kata tak apalah kan..nak jumpa mak dia pun..bukan awek lain..hehe.. lepas ke subang barulah suamiku akan meneruskan perjalanan ke perak.. tapi tiba2 handphone aku berbunyi pukul7.45pm lebih kurang.. suami ku bagi tahu dia terlepas bas.. so.. tak dapatlah dia balik malam ni.. waaaaaaaa... sedihnya... aku punya hati rasa macam kecewa..huhuhu.. dah lah kita tengah rindu... tetiba tak jadi balik malam ni..aku macam nak marah pn ada.. huuhu..apa boleh buat..perancangan Allah itu adalah yang terbaik.. aku pasrah..huhu.. suamiku tidur rmah kawan dia dulu..esoknya baru dia balik.. abang...rindunya lah ayang pada abang..hhuhu... annur ni lagi rindu abi dia.. anak aku ni macam paham je..dari siang tadi aku duk sebut-sebut kat dia.."abi nak balik hari ni sayang..nanti boleh sayang main dengan abi.." seolah-olah mengerti..dia tak nak tidur langsng dari petang tadi sampailah nak dekat pukul10..huhu.. anak ummi tunggu abi ye.. kesian annur.. inilah pengorbanan namanya sayang.. moga suatu hari nanti kita akan kembali hidup dalam satu rumah..bersama-sama menempuh onak duri..susah senang..kita lalui bersama.. insyaAllah sayang.. ummi pun rindukan abi..huhu.. balik cepat ye abi..ummi dan annur rinduuuu sangat pada abi.. Moga Allah panjangkan umur kami dan izinkan kami bertemu esok.. amen..insyaAllah..

Thursday, December 13, 2012

SAVE FOR GAZA

Assalamualaikum Sesiapa jua yang blogwalking atau follower blog sederhana ini, saya nak menyeru bantuan demi saudara Islam kita di Gaza, Palestin. Kita tak mampu menggadai nyawa untuk berperang, maka apalah kiranya kita membantu dengan sedikit wang. Perbuatan baik insyaallah akan mendapat balasan yang baik. Ameen... Bantuan boleh disalurkan melalui cara berikut: (Aman Palestin Berhad) Dana Sumbangan & Derma Bank Islam: 12029010047880 Maybank: 562263010787 Bank Muamalat: 12070005133717 RHB Islamic Bank: 21245760004907 Bank Rakyat: 22-080-619592-2 Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95 Menderma melalui SMS Taip PALESTIN 10 (Nilai RM10/5/3/1) Contoh: PALESTIN 10 Hantar ke 39111

Friday, December 7, 2012

LITTLE CALIPH AYER KEROH..DALAM INGATAN..

Malam-malam macam ni..bile anak dah tido..aku pulak tak boleh nak tido...mula lah terkenangkan macam-macam perkara.. Tiba-tiba hati jadi sayu,,teringat kisah aku dan little caliph ayer keroh..tadika al fateh.. Tempat dimana aku telah di beri peluang yg sangat berharga..peluang untuk aku mencari rezeki..peluang dimana aku dapat belajar bagaimana mendidik kanak-kanak seusia 5&6 tahun.. peluang untuk aku mengenali insan-insan yg cukup baik terhadapku.. Ketika itu aku mengandung 6bulan.. aku start mengajar di tadika al fateh pada akhir bulan april 2012.. Ukhti Biha,pengetua tadika al fateh...Dia lah yg telah menawarkan ku perkejaan sebagai teacher di tadika al fateh.. dia mengenaliku melalui kak shaf.. mereka ini insan yang ku kira banyak menolong ku pada ketika itu. Pada ketika itu aku duduk menyewa di sebuah rumah di Melaka bersama suami tersayang.. AKu yg sepatutnya menduduki semester akhir di uitm shah alam terpaksa menangguhkan pengajian kerana sedang sarat mengandungkan anak kami yg pertama.. suamiku berusaha mencari rumah sewa untuk kami kerana aku ingin sentiasa disampingnya sepanjang aku mengandungkan bayi kami.. aku ingin dia turut merasai saat-saat yang ku kira cukup bermakna ini..Kami berjanji untuk mengharungi susah senang bersama..pada ketika itu suamiku juga masih meneruskan kuliah nya di utem.. Kehidupan kami ketika itu memng sangat bahagia walau dalam keadaan yang serba sederhana.. Bayangkan..setelah dua tahun lebih kami berkahwin..itulah kali pertama kami dapat merasai pengalaman hidup berdua sebagai suami isteri dalam sebuah rumah yang hanya ada kami berdua..Aku merasa sangat bahagia kerana dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri..aLMAKLUMLAH..sebelum ni aku belajar di uitm shah alam..dan suami di melaka..berjumpa hanya 2 3minggu sekali..itupun jika berkelapangan.. Dan bila cuti semester pula kami duduk di kampung,rmah orang tua kami..RAsanya sangat bahagia bila aku dapat melakukan kerja-kerja rumah seperti kebanyakan isteri-isteri di luar sana.. membasuh.memasak..mengemas rumah.. satu kepuasan yang tak dapat di gambarkan.. Adakalanya kami melakukan semua tugasan bersama-sama.. Memang menyeronokkan.. =) Tapi dalam pada itu aku tetap harus memikirkan bagaimana untuk menampung kehidupan sepanjang aku berada di melaka..hati ini sangat ingin meringankan beban suami.. Aku tahu,suamiku masih belajar,,jadi rasanya tak salah kalau kami saling tolong menolong dalam soal kewangan.. JAdi..bila kak biha dah offer aku kerja di tadika..aku terima dengan hati yang terbuka..Syukur yang tidak terhingga pada yang MAha Esa.. Sesungguhnya Dialah Tuhan yg MAha mendengar doa hambaNya.. TAdika al fateh.. banyak yang dapat aku belajar sepanjang sebulan aku disana.. Dengan pelbagai ragam dan keletah anak-anak,cukup membuat aku terhibur.. Paling aku tersentuh modul yang diguna pakai dalam tadika little caliph ni yang sangat-sangat menitik beratkan soal islam.. Anak-anak di tadika ini di terapkan dengan nilai-nilai murni dan akhlak islamiah.. Semua yang di ajar kepada anak-anak didik di sini tidak akan sesekali lari dari menyebut nama Allah.. Belajar matematik,sains,semua dikaitkan dengan kebesaran Allah..BAyangkan betapa indahnya konsep yang diguna pakai.. anak-anak yang masih sekecil ini sudah bijak untuk membicarakan soal kebesaran Allah..anak-anak sekecil ini sudah dapat mengaitkan semua yang berlaku di alam ini dengan kekuasaan Allah.. subhanallah..sangat menyentuh hatiku.. anak-anak di tadika ini sangat bijak sehingga aku tidak merasa yang mereka ini sebenarnya baru berusia 5&6 tahun.. sedangkan pemikiran mereka sangat matang.. Proses pengajaran dan pembelajaran pula diajar dalam bahasa inggeris.. Aku rasa mahu menitik air mata bila setiap kali mereka membaca doa,pasti akan ada maksud doa itu dalam bahasa inggeris.. KAdang-kadang aku sendiri merasa rendah diri jika mahu dibandingkan dengan anak-anak itu yang sangat petah,sangat cerdik.. Setiap kali mahu masuk ke tandas..mereka akan berhenti di depan pintu tandas sambil membaca doa beserta maknanya terlebih dahulu.. begitu juga bila keluar sahaja dari tandas.. makan..tidur.. mereka pasti tidak akan lupa membaca doa..kanak-kanak di tadika ini juga turut di ajar cara berwuduk dan solat.. pAling menarik mereka turut dilatih melakukan solat dhuha..aduhai.. comel sekali.. rindunya aku pada telatah mereka yang sangat bijak.. rindu nya aku pada kenakalan mereka.. Sayang kerana aku hanya dapat mengajar disitu selama sebulan sahaja..aku berasa sangat ralat sebenarnya..berhenti tanpa mengucapkan selamat tinggal pada anak-anak itu..pada sahabat-sahabat disitu..pada teman seperjuangan..ukhti tersayang..atikah..kak salmi.. kak wa..nor.. aku terpaksa..kerana masalah kesihatan..huhuhu.. Sungguh aku rindukan saat bersama mereka.. Saat bercerita dengan tecer atikah ketika sama-sama duty petang menunggu satu demi satu anak-anak itu dijemput parents mereka.. aduhai.. sebak pulak~~ Moga ada rezeki aku dan little caliph lagi..insyaAllah... Buat anak-anak yang dikasihi..Moga kalian membesar sebagai insan yang berbakti kepada agama dan bangsa.. amen insyaAllah.. Angin... sampaikan kerinduan ini pada mereka.. ^_^
aduhai..comel kan??hehe,,
gambar ni di ambil selepas sahaja kelas art and craft.. aku ajar mereka buat ais krin..suka sangat mereka dapat buat ais krim..hehe
yang ni pula gambar waktu petang sementara menunggu kelas mengaji..ketuk-ketuk al baghdadi..=) comelnye..
ni masyaAllah chart..carta yang digunakan bertujuan meletakkan sticker yg pelajar terima setiap kali mendapat sesuatu penghargaan.. =) Semua kenangan ini akan terus segar dalam ingatan aku..kerana inilah sebuah madrasah tarbiyah yg cukup menyentuh jiwaku.. Moga annur rumaisha si kecilku dapat dididik seperti kanak-kanak ini juga.. amenn..

Tuesday, November 27, 2012

PENGALAMAN BERPANTANG DENGAN HERBALIFE

INI KISAH pengalaman aku ketika berpantang setelah selamat melahirkan anak pertamaku annur rumaisha..aku menjalani tempoh berpantang..sama macam orang lain jugak.. makan nasi berulam isi kunyit,isi cekor,halia,lada hitam..huhuhu.. kalau bukan time berpantang konfem aku tak makan semua tu..hu hu hu~ tapi bile berpantang..asal saja sebut untuk kesihatan semua aku lalu makan,,semua aku lalu telan..suamiku..pagi-pagi lagi dah bagi aku minum air kunyit..urmm~yummy~ huhu~ tapi yang best suamiku rajin bancuhkan shake untuk aku.. memang terbaik lah! anak aku mase hari kedua ade la kuning sikit..kne tahan wad.. tapi sehari je lah..mungkin sebab tiga hari pertama susu aku tak keluar..tapi aku tetap berkeras tak nak bagi susu formula.. aku bagi juga bf kt baby.. sebab aku sangat yakin susu ibu yang terbaik..after tiga hari tu susu aku dah mula banyak.. lepas je berurut lagilah bertambah banyak.. alhamdulillah rezeki anak..hehe..aku teruskan minum shake sebab aku nk pastikan susu yang anak aku minum lengkap dengan nutrisi..aku nak anak aku dapat zat yang secukupnya dari penyususan susu ibu.. so aku memang jaga makan..start dari aku mengandungkan annur,aku dah mula minum shake.. mula-mula hb aku low.. tapi after ambik shake makin lama makin naik.. so.. aku tak de la nak risau sangat.. kaki dan tangan aku pun tak bengkak-bengkak macam kebanyakan orang mengandung.. nurse kata itu bagus!! hehe.. alhamdulillah sepanjang tempoh mengandungkan annur aku tak kena darah tinggi atau kencing manis.. alhamdulillah..aku pun time pregnnt memng bergerak aktif..xpernah duduk diam.. smpai dh 9bulan pn aku masih aktif bergerak..siap boleh jd wedding planner kakak aku lagi tu...semua bende time kenduri aku tolong handle.. ..hehehe.. org pulak yg risau tengok aku.. g keje pun aku boleh lagi merempit naik moto dengan suami aku.. paling kelakar..siap boleh buat kueh raya lagi malam due date aku..hehe..dah aku tak rasa apa-apa lagi..aku pn buat la sesuatu..memang aku jenis yang xreti duduk diam.. alhamdulillah Allah bagi kesihatan dn tenaga luar biasa pada aku time tu..mungkin jugak disebabkan aku sentiasa mengamalkan nutrisi herbalife .. hasilnya..dah terbukti..dengan izin Allah..anak aku lahir je dah celik mata..pastu aku rasa annur ni tak lembik..tengkuk dah keras.. nak pegang pun tak payah takut-takut.. walaupun baby lahir cuma 2.82,tapi memang keras..hehe.. aktif pulak tu.. kaki tangan semua terangkat.. pantang dibedung.. kuat macam mana pun..dia sure boleh lepas..haish...budak sekarang mana suka di bedung..nak bebas je..huhu.. tido dah macam orang besar.. aku agak menitik beratkan setiap apa yang aku makan... tahu saja lah..aku berpantang time raya..korang rasa apa yang ada time raya??? waa.... dah tentulah macam-macam ada... memang aku geram sangat-sangat tengok orang makan macam-macam..aku telan air liur je la..huhu.. tapi tak pe.. aku kan ada shake...!! hehe.. shake makanan terbaikk!! tak pe lah aku tak dapat makan rendang pulut kuning lemang semua tu.. bukannya mati pun kan?? hehehe... BERBENGKUNG?? Aku buat jugak..hehe.. bengkung punya lah panjang.. jenuh aku nak melilitnya.. yang ni memang kena bantuan pakar..haha.. walaupun suami aku tak pakar tapi dia lah yang slalu tolong aku time aku nak belit-belit..lilit-lilit..pusing kiri pusing kanan..haha.. lawaknya.. teruknye lah nak pakai bengkung ni...apa boleh buattt~~ badan nak pakai lama..kenalah jaga elok-elok kan.. BERTUNGKU?? OFKOS..hehehe.. mak aku rajin bakarkan tungku untuk aku.. memang rasa selesa bila bertungku ni.. maklum sajalah..badan dan urat dah sakit-sakit masa bersalin.. so..bila dapat terapi,memang rasa sangat-sangat lega.. tungku kan baik untuk melancarkan perjalanan darah jugak kan.. ^_^ aku jugak ada makan ikan haruan...oleh kerana susah nak dapat..aku tambah dengan pati ikan haruan..bunak percepatkan proses penyembuhan bekas jahitan..ermm..hanyir..tapi ok la.. minum saja~ air gamat pun aku telan.. ok saja asal untuk kesihatan.. BERURUT.. tiga hari berturut turut suami aku berulang alik ambik tukang urut dari kampung sebelah.. jam tujuh pagi,lepas je balik dari solat subuh suami aku dah bawak datang tukang urut.. sakit nya lah..tak usah cerita la.. sampai gigit bantal aku tahan sakit..perghhh.. tapi after urut badan serius rasa sangat -sangat sedap.. suami aku gelak je la tengok aku..hehehe..dulu aku penah gak gelakkan dia masa dia kena urut lepas excident tempoh hari..ok la tu.. 0-0 ..huhuhu.. itulah serba sedikit pengalaman aku berpantang... Actually inilah part paling bestttt skali aku nak cerita kat korang.. 3minggu berpantang dengan shake herbalife..aku lose 8kg.. hehehe...2bulan aku bteruskan berpantang dengan sarapan dan makan malam sihat.. aku dah lose 14kg !!!!! now..berat aku dah 52kg.. best tak?? hehehe... actually suami aku nak aku turun sampai 49kg..hehehe.. tu berat yang aku tak pernah dapat dah sejak aku tingkatan lima.. after je tingkatan 5 berat aku tak pernah bawah 50kg dah..huhuhu... so.. aku akan cuba untuk kali ini.. sebab tiada yang mustahil betul tak??? hehehe.. so...aku akn terus konsisten minum shake herbalife sebab result yang aku dapat sepanjang consume herbalife ni sangat-sangat gempakkk!! sapa-sapa yang nak tau?? boleh lah tanya aku.. tak salah kan nak sharing benda baik macam ni.. dan lagi bagus bila kita dapat buat suami kita happy dengan perubahan diri kita..kan?? suami mana yang tak suka kalau isterinya cantik.. ^_^ tak caya korang boleh la tanya suami masing-masing..
lihatlah..gambar ni hari ketujuh usia annur..suamiku sedang menggondolkan rambut annur..hehhee.. ambik sunat hari ketujuh.. cukur rambut baby.. annur memang baik..diam je dia time kitorang kerjakan rambut dia..siap boleh tido seenaknya lagi tu..hehehe.. =)
see...my baby..nilah baby herbalife ummi dan abi..hehe.. xsampai seminggu umur annur..dah pandai tengok fokus kat orang.. =) lincah annur ni..
tu dia anak aku..tidur dah macam orang besar...hehhee... bukan main lagi anak ummi ni...

Monday, November 26, 2012

My 1st ZERO TO HERO with My Huby n My Baby

Ini kisah pasal event yg aku dan suami serta anak aku pegi.. Event ni nama dy Zero to Hero.. Event herbalife punye.. Seriusss best sgt3… Nak tau tak.. before ni, aku punye sponsor Nursyahirah Ibrahim pernah ajak aku untuk pegi Zero to Hero kat Port Dickson..masa tu time mula2 aku join bisnes Herbalife ni.. Erm.. serius aku sgt2 la tak positive..huhuhu.. mase tu aku mmg xde duit.. tiket event rm260.. seriuss..memang aku tak mampu..terkejut aku,event Herbalife kne bayar cam tu,,huk!! Tak pernah seumur hidup aku pegi event kena bayar beratus2..huk! Bincang punye bincang dengan suami,aku buat kputusan tak pergi,kebetulan mase tu kami balik kampung.. ada hal..so,memang tak dapat nak pergi la.. Tapi yang best nya,my sponsor tak pernah give up.. next zero to hero.. dia ajak aku lagi.. wahh..mase ni bulan julai 2012 ,,aku masa ni memang tengah sarat mengandung.. event kali ni di Gambang.. mase ni aku dan suami punye kesedaran dah tinggi sikit tentang event ni,cuma duit still tak berapa nak ada la…huk! (masalah yang kebanyakan org hadapi) My sponsor offer nak belikan tiket dulu..nanti bayar kemudian.. aku dan suami bincang lagi.. dan buat keputusan untuk pergi.. Tapi suami aku je pergi sorang sebab aku memang serius dah sarat.. takut terberanak lak kat sana,kan..Ok.. so.. Next zero to hero.. my sponsor ajak lagi… kali ni aku dan suami terus kata yess!! Tempat kat Bukit Gambang.. Tiket awal rm260.Dua org rm260x2.. rm520..wooww!! banyak tu..mane nak korek duitt!!huhuhu~ tp kami dah kata yes dulu..so,my sponsor belikan tiket dulu..suami kata tak apa..duit boleh dicari.. tak pergi event serius rugi..TAmbah2 lah aku dah dengar suami aku punya pengalaman last zero to hero,katanya memang sangat2 best..so..kali ni memang tak kanlah aku nak lepaskan peluang lak kn?! Ho ho ho~ Lagipun event Herbalife ni best..sambil g event sambil bercuti.. kali ni aku pun dah ada baby..so.. really excited nak pergi event!! Nak belajar semua benda yg boleh..nak buat herbalife sungguh2!! Nak ikut jejak langkah org2 yg dah pun berjaya.. !! Yess.. !! So..inilah kisah aku dan My 1st Zero To Hero.. Zero To Hero kali ni kami ajak sorang rakan kami. SARAH.. my very best fren mase kat uitm dulu… dari sem1- sem5 duk satu bilik.. mmg best la kan.. Manelah tau after pegi event sarah pn leh berjaya buat bisnes herbalife kn?? Rezeki kan Allah yg bagi.. =) Ape salahnye berjaya same2 dgn org lain..kn? Kebetulan sarah org PEKAN,PAHANG.. Aku pn bincang dengan suami utk bertolak awalda n tido kat rumah sarah.. lagipun memang aku tak pernah ke sana..so..alang2 menyeluk pekasam la kan.. he he he… Perjalanan aku,suami dan our bby annur rumaisha bermula disini… =) KHAMIS: Kami bertolak dari Teluk intan ke kuala lumpur jam 9pagi menaiki kenderaan kebanggaan kami yg sgt besar.. Bas Transnational~~ Ho Ho Ho~~ kenderaan yg dah banyak berbakti kepada kami.. PErjalanan yg special kali ni kerana aku rase sgt teruja nk g event zero to hero..dan yg buat aku rase bahagia bile aku sntiase bersama suami dan baby annur,, sweet sgt rasenye,, haha..(xtau la korang rase sweet ke x kn..aku rase sweet je~ ^_^) Kul 12 tengahari smpai UTC(name lamenye pudu raya) sampai2 terus g tkar pampers annur..huhuhu.. annur sakit perut..asyik “melabur je”.. dr smalam lagi..huhu.. bas ke kuantan kul2.30pm.. lambat lagi tu..so,kami g mkn dulu kt food court.. after makan kami ke surau..siap2 jamak qasar solat dulu.. 2.30pm naik bas ke kuantan.. perjalanan xterasa jauh bile ade suami dan anak tercinta disisi tau… aku hapy je.. dalam kepala mcm2 dah aku pkir.. mcm ne keadaan kt sane,mcm ne la rupe event zero to hero yg suami aku ckp best ni,mcm ne la kt umah sarah nanti,mcm ne la rupe sarah(woha! Lame xjumpe kn..)sampai sahaja di bustand kuantan,sarah ambik kami naik kereta.. g makan2 n jalan2 dulu..pastu balik..sbb kesian kt bby annur,,dy dah letih aku tengok.. maklumlah…seharian perjalanan..klu aku yg dh besar nip n rase letih dan lenguh2..aptah lagi anak aku yg baru berusia 3bulan..huhuhu.. waahhh…annur..3bulan?? 3bulan dh g travel ngn ummi n abi?? 3bulan dh g event herbalife?? Luarrr biasa!! Hehehee.. baru aku sedar..hahaha~ kt umah sarah memng best.. JUMAAT: aktiviti kami di rumah sarah bermula..haha.. macam rusa masuk kampung kata peribahasa..macam org Bandar yang tak pernah datang kampung..itulah gambaran yang paling tepat nak bagitahu korang betapa batak nye kami kt kampung sarah..huhuhu.. ape tak nye..pagi tu lepas je sarapan pagi.. kitorang ikut sarah,mak dy,paklong n adik sarah g ke sangkar ikan..tempat diorg bela ikan kt sg Pahang.. waaaahhh..mmg teruja la kami kan.. huhuhu.. siap dapat udang galah lagi tu.. yg best nye aku n suami aku mmg seronok giler dapat naik bot..hahaha.. laju~~ pegi sangkar org sebelah,ambik ikan patin..hehehe.. aku dh terliur dah..blom lagi masak..baru tengok ikan patin hidup2 kn..adehh!! memang terbaikk lah!! Mak cho(mak sarah) masak memang sedap sangat2… kami makan sepuas2 nya…hahhaha… lepas dh tersa begitu kenyang menyesal pn ada sebab makan tak ingat dunia…hohoho.. apa lagi… aku terus bancuh tea mix… suami aku pun yang dah risau dengan perutnya terus minum tea mix banyak2 untuk detox apa yang kami dah makan…hehehe.. syukur ada herbalife!! =) Malam nya… jeng jeng jeng… kami family sarah bawak kami pergi main bowling… wuuuu…aku tak tahu main bowling kot.. macam mana ye??? Hahahha…. Tapi untuk malam tu kali kedua aku cuba main bowling..memang tak reti..tapi suami aku yang ala-ala terer tu ajar la aku macam mana nak baling kan.. hahahha.. aku baling je.. dengan bangganya bola asyik meleret ke longkang..kih kih kih~~ =) malu kot… haishhh~~ lantak lah..aku jelling orang sebelah pun lebih kurang aku gak..so..lupakanlah perasaan malu tu..hehehe..main je la.. suami aku?? Ala… boleh la.. terer?? Bolehlah~~ =_=
ada gaya la suami aku main kan..hehehe.. Ok..lepas main bowling pulak.. kami dibawa bersiar siar di tepi sungai Pahang..aku pun tak pasti apa nama tempat tu..tapi memang cantik.. hebat tak?? Pukul 12 malam bawak baby bersiar siar.. huhuhu.. (jangan tiru apa yang kitorang buat ni tau untk ibu2 dan bapa2 diluar sana..huk!) lepas dah puas berjalan kami pun pulang ke rumah..haa..barulah kelam kabut kemas baju untuk esok.. !! ZERO TO HERO… ooowh.. tak sabar nya… wweee~~
ini gambar kami ketika bersiar-siar di bandar kuantan.. ^_^ SABTU: 7pagi.. dah get ready nak bertolak ke GAMBANG… my friend SARAH yg akan drive dan bawa kami ke sana.. masa dalam kereta… ya Allah… lajunya kawan aku sorang ni bawak kereta……….!!!!!!!!!!! Huk!! Cuakk aku di buatnya… tapi Nampak lah yang sarah ni memang cekap memandu… terbaikkk..!!!! dalam cuak2 tu aku boleh layan tido lagi dengan anak aku si annur tembam tu,, ha ha ha… apa boleh buattt~~ (kata ibu dame ^_^ mungkin korang tak kenal~ tapi ramai herbalifer yang kenal..weeee~) Sampai di gambang…tu dia…!!! Ramai nya manusia di situ..huhuhu,,,,, Nampak semuanya bersemangat sekali….!! Waaahhh..hebatlah…!! Apa nak dikatakan… HERBALIFE memang terbukti tersangatlah bagusnya… bukti??? Kalau tak macam mana boleh ramai giler orang yang aku Nampak kat depan mata aku ni..semuanya datang dengan testimoni yang pelbagai…! So.. tanpa berlengah kami bertiga..ops..berempat termasuk our baby terus ke bahagian pendaftaran.. he he he~~ berbaris la kami di antara beribu manusia yang berkumpul untuk turut serta dalam event herbalife..wohaha~ baru tengok view macam ni pun aku dah rasa hebat sangat..belum lagi aku masuk dalam hall kan?? Korang bayangkanlah hebat tak hebatnya herbalife yang dah mengubah hidup ramai orang diluar sana.. orang yang sangat2 memerlukan.. ok..!! jom .. !!!!aku bawak korang tinjau situasi dalam hall pulak!! masyaAllah…!! Serius aku cakap..memang ramai sangat2 orang kat sini… yeahhhh!! That’s my zero to hero yang aku tunggu2… dengan pengacara yang sangat best.. dah macam dalam anugerah bintang popular lak aku tengok diorang ni mengacara… sungguh tak sangka mereka ni orang yang dah ada income berpuluh-puluh ribu… memanglah orang2 dalam herbalife ni very humble.. aku kagum sangat.. ada sorang speaker ni dari Indonesia.. di terbangkan khas ke sini untk membakar semangat orang-orang di dalam dewan ni.. memang terbakar lah jawab nya.. Ibu Dame… itulah orang yg aku maksudkan… bila dengar je talk dari ibu dame memang aku rasa betul2 termotivasi…seorang yang sangat2 gigih berusaha.. umur dah 50-an.. tapi semangat dan tenaga macam orang berumur 20-an.. malunya aku bila mengenangkan diri ini..huhuhu… ibu dame punya kata-kata sangat2 buat aku terpukul… papp!! Rasa cam kena tampar!! Adehhh!! Ayuhhh!! Bangun!!!bangkit!! bertobatlah…!! Makanya saya bertobat!! Hahaha~~ adehh…ibu dame..ibu dame… bahasanya indah sekali..bisa bisa aja aku penasaran dibuatnya.. keh3~ tapi tu la kan..nak cakap betapa bestnya aku rasa..aku dapat banyak sangat pelajaran yang sangat berguna.. semangat pula rasa makin membara.. yesss!! Aku memang dah nekad.. aku akan bagi masa 3tahun untuk diri aku bangun dan berjaya..!! macam orang lain.. boleh kana bang?? Kita cuba usaha bersungguh sungguh..tiga tahun ni kita kena banyak2 bersabar.. sebab kita tahu aka nada macam2 halangan untuk kita.. Allah pasti akan uji kesungguhan kita..maka… jangan sesekali kita give up k sayang.. like Hj Allen said..”do,do,and do!!bekerja,bekerja dan bekerja!!” Jangan pernah berhenti berharap! Macam meraka semua yang dah berjaya cakap,”buat je…” so..aku memang lah akan buat!! OK..malamnya ade diner~~ tema: black n diamond..tu diA.. bersinar-sinar bagaikan bintang lah katakana.. hehehe..kami sedondon mengenakan baju hitam yg ditaja khas oleh “butik sarah”hahaha.. hebatlah!! Siap ade penaja tu..hehe.. nilah gambar diner kitorang..ngee~~ annur in black~ ^_^
nilah gambar diner kitorang..ngee~~ annur in black~ ^_^
gambar ini diamabil ketika malam diner..bersama up upline..maryam izzati..millionaire team member..income dah rm80ribu++ huk! AHAD: Lagi..belajar dan belajar.. learn and learn,more and more~ bnyk sgt perkongsian utk slot hari ahad..antaranya cara untuk cari pelanggan.. melalui facebook,blog,road show atau shake party.. papepun..semuanya memang cara yang terbaikk!! Aku rasa aku dah dapat banyak sangat ilmu yang berguna!! Tak gitu bang?? Hehe.. best sangat sangat.. walaupun hujung minggu waktu untuk bersantai santai,tapi aku happy sangat..dah la dapat belajar macam2,dapat pulak sentiasa disisi suami dan anak tersayang.. tak ke beruntung tu? That’s why I LOVE HERBALIFE SOOO MUCH!! Tak kesah lah apa orang nak kata,tapi aku memang dah jatuh cinta dengan herbalife.. harapnya lepas ni aku dapat tolong lebih ramai orang untuk jadi sehat… !! insyaAllah.. ^_^

MENGENANG DETIK KELAHIRAN PUTERIKU ANNUR RUMAISHA..

ANNUR RUMAISHA.. Puteri pertamaku.. kelahiran yang cukup membahagiakan hatiku sebagai seorang wanita yang sudah bergelar isteri.. Kelahiran yang amat kunanti nantikan.. akhirnya Allah menganugerahkan aku seorang puteri yang sangat comel.. penyejuk mata abi dan ummi.. Kalau nak bcerita pasal sakitnya melahirkan sudah tentu ramai yang tahu..itulah pengorbanan seorang yang bergelar ibu.. bertarung nyawa nak melahirkan seorang anak..selama sejam lebih aku bergelut dengan kesakitan.. (walaupun xberapa lama,tapi aku rasakan macam lama sangat2..huhuhu..) owh..tak tergambar rasanya sakit itu.. tapi..aku amat bersyukur..kerana apa?? Kerana aku selamat melahirkan juga.. =) Syukur juga sebab suamiku turut dapat bersama ketika saat genting itu..hehehe.. apa tidaknya,sedari awal sudahku pesan supaya dia ada sama ketika aku mahu bersalin.. akhirnya.. impian terlaksana..hehe.. Saat aku ingin bertarung nyawa.. dia sentiasa disisiku.. Thanks to my huby yang dah pun beranikan diri masuk..hehe.. Aku tau tak semua orang dapat rasa peluang macam aku.. apapun.. yang penting semuanya selamat… Kalau nak kenangkan rasa lawak pun ada,mana tak nya.. masa 5hb ogos(due date aku), pkul5.30pg aku dh trun darah.. masa tu memang kelam kabut.. mak dan abah dah suruh pegi hospital..tapi mengenangkan aku tak rasa sakit lagi,aku bagitahu encik suami supaya hold dulu.. yang lawaknya kami boleh pegi bersiar-siar kat taman permainan dulu.. setelah lama di taman,kami berjalan-jalan di sekitar pekan teluk intan.. lepas dah penat berjalan,kami berehat di masjid teluk intan.. duduk di pondok luar masjid.. jam baru pukul 11pagi.. tapi aku masih tidak merasa sebarang kesakitan..sambil duduk disitu dapat juga suamiku tilawah beberapa muka.. bulan ramadhan lah katakan.. nak kena kejar target jugak kan.. ketika di pondok luar masjid berlaku satu insiden..dimana tiba-tiba datang seorang lelaki yang kurang waras.. kami yang dah kecut perut beransur perlahan-lahan beredar dari situ..haishh.. port dah kene kacau pulak..hehe.. masuk waktu zohor,kami ke masjid yang berdekatan.. selepas solat..kami berehat sebentar..sehinggalah asar.. dah tak tahu nak buat apa,aku pun ajak suami ke hospital.. huhuhu.. pelik sebab aku masih tak rasa sakit pun.. sampai di hospital,aku terus di tahan.. kata doctor, dah bukak 2cm.. masih lama nak menunggu.. aku masih tak rasa sebarang kesakitan.. selepas seketika dimonitor dalam labour room,aku diarahkan untuk menunggu di wad sementara sebelum nak bersalin.. tidur wad la Nampak gaya nya.. sedih jugak bila suamiku terpaksa tidur di luar surau kerana tiada siapa pun yang dibenarkan menunggu aku dalam wad.. huhuhu,, kesian abang..banyak nyamuk.. tapi malam tu suamiku hantar makanan kat aku..hehe.. yang best ade roti nan.. waa.. memng best.. dah aku tak sakit..selera makan memang ada je la kan..hehe… tak dilupakan shake Herbalife ku yang setia menjadi peneman.. hehe.. bekalan makanan bernutrisi untuk aku dan baby dalam perut.. =) ..
HAA...Aku sempat posing lagi mase kat wad before bersalin..hehe..siap boleh senyum kucing g.. masa ni tak rasa sakit pun lagi..walaupun dah buka 2cm.. aku cool je lah.. baby dalam perut siap boleh main tendang2 lagi..tak sabar lah tu nak jumpa ummi ngn abi..ehehe.. keesokan harinya jam 9.30pagi,aku dah mula rasa sakit.. setelah diperiksa,bukaab jalan dah 5cm.. aku bersedia dibawa ke labour room.. sebelum itu..shake dulu~~ hehehe~~ nak bersalin kena guna banyak tenaga kan..so.. aku ambik shake untuk persediaan fizikal.. ^_^ (tak puasa!! Hehe..) dah makan kenyang-kenyang.. aku ditolak masuk ke labour room ditemani suami tercinta..tapi suami kena tunggu kat luar labour room..dah nak bersalin baru boleh masuk.. =) masa dalam labour room,lepas je doctor pecahkan air ketuban ku..nah..masa tu lah aku bergelut menahan kesakitan yang datang selang beberapa minit sekali dan semakin lama semakin kerap..aduhh… masa tu aku rasakan seolah-olah umur ku dah tak panjang lagi.. masa tu lah keinsafan datang dalam diri..terkenangkan yang dah terlalu banyak dosa ku lakukan.. teringatlah pada suami,mak abah..owh..aku tak tahu apa akan jadi sekiranya Allah tarik nyawaku ketika itu.. sempat aku mesej suami mintak ampun atas segala dosa.. aku rasakan yang aku dah tak kuat lagi bertarung dengan kesakitan.. (copp!! macam mana boleh mesej kn??hahaha..yg ni aku curik2 mesej..sbb kat labour room mane boleh bawak phone..hehe..)Pukul 11 pagi,doctor mengesahkan yang aku dah boleh bersalin.. dalam keadaan yang tak bermaya sempat ku titipkan pesan agar memanggil suamiku masuk.. sekali lagi aku berusaha sedaya upaya.. dalam fikiran ku Cuma satu.. moga Allah selamatkan bayiku.. kerana itulah tanda kasih suci antara aku dan suamiku.. harapanku sangat besar terhadap bayi itu.. dan akhirnya.. dengan bersaksikan suamiku..puteri kami selamat dilahirkan..itupun setelah beberapa kali aku cuba meneran.. hilang segala kesakitan bila sahaja aku melihat wajah si kecil ku..owh Tuhan.. syukur ku panjatkan kepadaMu…. Kelahiran puteri pertamaku cukup istimewa.. lahir pd 6hb 0gos 2012 bersamaan 17Ramadhan.. Hari isnin.. jam 11.17pagi bertempat dihospital Teluk Intan.. Tarikh yang cukup bermakna padaku.. Annur lahir pada hari nuzul Quran..(aku dah siap pesan suh dy kuar 17ramadhan..hehe.. sehari lewat drp due date aku.. xpun aku pesan lahir hari jumaat iaitu awal 2hari dari due date..hehe..tp annur pilih 17ramadhn..hehe..bgus anak ummi.. Allah maha mendengar permintaan hambaNya..) bulan ramadhan dan hari isnin..seperti mana kelahiran junjungan besar kita Rasulullah SAW.. Sudah tentu harapanku terhadap anakku ini terlalu tinggi.. moga annur jadi anak yang solehah ye sayang.. Buat suami tersayang.. inilah hadiah ayang untuk abang.. inilah pengikat kasih dan cinta antara kita.. terimalah annur rumaisha dan sayangilah dia selayaknya.. ummi sayang abi fillah… Moga dengan kelahiran puteri kita akan menjadi penguat untuk kita terus berusaha mencapai kejayaan..dunia dan akhirat.. insyaAllah.. =) TERIMA KASIH ALLAH.. ^_^
inila annur baru dilahirkan... berumur 2hari..berat annur masa ni 2.82kg.. kecik je..hihi.. ^_^
lihatlah suamiku yang keletihan menunggu ku dihospital..hehe.. tido bersama puteri kami..kesian abang.. moga segala penat lelah abang mendapat ganjaran disisi Allah. InsyaAllah..inilah suamiku yg setia membancuhkan shake herbalife untuk aku ketika berpantang..hehe.. Tq sayang,, ^_^

Wednesday, September 19, 2012

MAKANAN YG MENGURANGKAN KADAR KOLESTROL DALAM BADAN

1. JAMBU BATU Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Untuk memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh, disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi . Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai. 2. OAT kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
3. KISMIS Sesiapa yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%. Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol.
4. MANGGA Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol jahat dalam tubuh. 5. KACANG TANAH Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol baik dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung. 6. IKAN TUNA Ikan Tuna tergolong dalam sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol jahat.
7. EPAL Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari dapatuntuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau minum jusnya, dapat menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan. 8. BUAH KERING Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima. 9. KUACI Kuaci mengandungi zat besi. Pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari dapat menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol jahat sekali gus menghadkan kolestrol baik.
10. SOYA Kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral membantu memecahkan lemak di samping membantu meningkatkan kadar lemak baik dan mengurangkan kadar lemak jahat. Ia mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Kacang soya juga dapt mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis. selain pemakanan yang sihat. saya guna herbalife. anda bagaimana?

Monday, September 17, 2012

SENAM HARI-HARI TAPI TAK KURUS JUGAK??!

< Kenapa saya nak turun berat? - saya nak kawin/tunang hujung tahun - saya nak ke majlis reunion/dinner/party - pakwe/suami tak suka saya gemuk - doktor suruh saya turunkan berat sebab penyakit - kalau tak turun berat tak boleh dapat kerja/naik pangkat - saya dah bersalin dan nak cepat dapatkan berat lama semula Jika ini jawapan anda, anda memang mempunyai motivasi yg kuat utk menurunkan berat. PM/call/sms saya kerana saya boleh membantu anda menurunkan berat badan secara sihat dan berkesan.. pm me! ask me how! 0134320768

KEBAIKAN AIR KOSONG YG ANDA PERLU TAHU!

MINUM 2.5L AIR KOSONG YANG BERSIH SETIAP HARI DAPAT MENGURANGKAN RISIKO KANSER PAYUDARA SEBANYAK 79%. ! Jom kita lihat betapa mudahnya amalan minum air pada waktu2 tertentu ini dapat berikan manfaat jangka panjang : * 2 gelas air setelah bangun tidur - bantu replenish liquid dalam tubuh/ gantian-air dalam organ2 kerana tubuh tidak mendapat air dalam tempoh 6-8 jam waktu tidur. Ini amat penting untuk 'activate' internal organ. * 1 gelas air, 30minit sebelum makan - menyediakan esofagus dan sistem penghadaman (termasuk perut dan laluan nya) menerima makanan dan bantu proses penghadaman yang lebih efektif. Menurut kajian di Eropah, 90% orang yang minum air kosong sebelum makan mempunyai tahap kesihatan penghadaman yang lebih baik, dan kurang berisiko untuk mendapat kanser kolon. * 1 gelas air sebelum mandi - membantu menurunkan tekanan darah * 1 gelas air sebelum tidur - membantu mengelakkan serangan strok/angin ahmar dan bantu tubuh untuk sistem kardiovaskular yang sihat. Amalan ini juga membantu kurangkan rasa lapar di waktu malam seperti disahihkan kajiannya oleh University of Washington. *** Amalan minum 2.5L air kosong yang bersih setiap hari, 45% membantu mencegah kanser kolon, mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 79%, dan 50% kanser hempedu. (Hasil kajian yang dipersetujui oleh pakar kesihatan seluruh dunia)

MAKAN CARA SIHAT IKUT SUNNAH NABI

KITA berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu. Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an. Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).
Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal. Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’. Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan. Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal. Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan. Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!” Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan. Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman. Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius. Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya: “Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya. “Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit. “Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!” Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh. Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan. Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh. Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan. Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk. Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak. Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak. Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan. Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik. Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan. Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan. Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan. Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan. Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.” Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman. Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum. Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.” Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud: “Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.” Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan. Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud: “Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.” Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang! Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”

Nutrisi Selular

Apa itu nutrisi selular? Memandangkan badan kita sangat-sangat memerlukan nutrien, kita harus tahu samada sel yang menyerap nutrisi ini adakah berfungsi sebaiknya dan dapat melakukan 'tugas'nya dengan baik? Sel yang menyerap nutrisi ini ialah vilus. Vilus merupakan komponen penting dalam usus kecil kita yang akan menyerap nutrisi daripada makanan yang diambil sehari-hari. Dalam dunia kita yang semakin canggih ini, boleh dikatakan kebanyakan daripada kita mempunyai vilus yang agak rapuh dan kurang baik. Ini adalah berikutan kesan daripada pemakanan seharian kita, penggunaan toksin dan bahan kimia dalam pemprosesan dan pertumbuhan sayur-sayuran dan buah-buahan, pencemaran udara dan lain-lain. Jadi tidak hairanlah sekiranya vilus kita turut termasuk dalam kategori ini. Malah, mengikut kajian WHO (World Health Organisation), kadar nutrisi dan zat dalam sebiji epal sekarang adalah tidak sama dengan zat dalam sebiji epal pada masa yang lalu! Jadi, Herbalife sangat membantu memperbaiki vilus yang rapuh ini dan membantu mengaktifkannya. Inilah yang dinamakan nutrisi selular, yang mana produk Herbalife diasaskan dan diformulasikan dengan konsep terbaik ini! Kalau mahu tahu, ini adalah vilus kita!
Vilus merupakan komponen halus berbentuk seperti jejari yang mana terletak di sepanjang dinidung usus. Pada asasnya, ia berfungsi sebagai 'jaga' ie guard, membantu penyerapan lebih banyak nutrien, mineral dan vitamin serta memelihara diri daripada toksin. Jika sihat vilus kita, maka mudahlah bagi kita untuk menikmati setiap nutrisi daripada makanan yang kita ambil. Bukan itu sahaja, proses memperbaiki sel juga dapat dilakukan dengan baik (proses regenerate), yakni sel-sel lama akan diganti dengan yang lebih baik. Jika sebaliknya, maka tidak hairanlah mengapa kita asyik mahu makan sahaja dan asyik rasa lapar sahaja. Ini adalah kerana vilus kita sangat lapar dan dahagakan nutrisi. =) Secara logiknya, jika kita makan makanan yang sihat, maka kesihatan diri juga dapat dipertingkatkan. Penyakit-penyakit yang kebanyakkannya berpunca daripada corak pemakanan kita akan berjaya dikurangkan dan diatasi dengan penggantian produk Herbalife yang berunsurkan bahan semulajadi. Jadi, usah berlengah lagi. Hubungi saya sekarang untuk mencuba produk nutrisi selular yang sihat ini! =)